Haaa... Kalau korang nak tau, Aku baru balik bercuti di Thailand selama 4 hari 3 malam.
Kalau sebelum ni aku pergi dengan geng² Bikers, kali ni aku pergi dengan sahabat blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.
Kami diberi peluang mengikuti pakej percutian dari Ayden Averroes Travel Sdn Bhd.
Travel agent? Ya travel agent!
Ramai diantara kita yang ingin bercuti keluar negara tapi tak berani nak pergi sendiri, ada pula yang takut ditipu oleh agensi pelancongan.
Hakikatnya aku telah pun merasainya sendiri. Aku diberi peluang mengikuti pakej percutian 4h3m ni bersama dengan #kelabbloggerbenashaari di bawah Ayden Averroes Travel dari 24 hingga 27 November lepas.
Macam² kisah kami kat sana.... Sedih, Seronok semua ada. Tapi tu tunggu entri aku yang akan datang. Aku gerenti korang nak pergi sana bila dah tengok gambar² kami kat sana nanti. Hehehehe...
Kali ni aku cuma bagi brief knowledge tentang Ayden Averroes dan pakej dorang yang berbaloi baq hang!
Segala urusan Transport dan Penginapan dah disediakan oleh Ayden Averroes, kami cuma perlu bawa diri dan duit belanje je! Bukan tu je tau.... Aktiviti lain seperti snorkeling juga disediakan melalui pakej Ayden Averroes ni.
Terdapat tiga (3) destinasi kunjungan dalam pakej yang kami pilih, iaitu Phuket, Krabi dan juga Hatyai.
Itinerary kami sepanjang perjalanan adalah seperti berikut:
PHUKET + KRABI + HATYAI (4HARI 3MALAM)
- RM549 per pax - Dewasa
- RM449 per pax - Kanak-kanak (2thn - 12 thn)
- RM100 per pax - Deposit
PAKEJ TERMASUK :
✅Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam
✅Hotel 2 malam di Aonang Krabi
✅Hotel 1 Malam di Phuket
🏊Island hopping di Krabi :
👉Poda Island
👉Tup Island
👉Chicken Island
👉Railay Beach
✅ Snorkeling
✅Free lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
✅Krabi city tour :
👉Black Crab
👉Nok Awk
👉Krabi Night Market
👉Aonang Walking Street
👉Gastropod shell fossil
Aktiviti di Phuket :
🏊Island hopping
👉James Bond island
👉koh panyee
✅ Banglaa Road
✅Patong Beach
✅Phuket kilang bag
Aktiviti Hatyai :
Perjalanan pulang singgah Di Hatyai
✅ Floating Market
TAK TERMASUK :
❎Makan minum selain dinyatakan di atas
Nampak tak berapa banyak tempat dan aktiviti menraik yang korang dapat melalui pakej Ayden Averroes nie? Memang aku tak nafikan ianya sangat² berbaloi.
Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan dengan pakej ini ataupun pakej² lain yang mereka sediakan, korang boleh lah berhubung dengan Ayden Averroes Travel Sdn Bhd melalui:
Fb page: Ayden Averroes Travel
Pakej Percutian Jimat Dan Murah
Pakej Murah-Murah Kak Joyah
Stay tuned untuk update seterusnya untuk mengetahui segala aktiviti kami kat sana ye!!!
Chiow....
Banyaknya aktiviti. Mcm best je tu
ReplyDelete