Salam Sejahtera &
Salam 1 Malaysia.
Ternyata ramai diantara
kita yang teringin menjadi pelakon kan? Haaa... Impian korang mungkin menjadi
kenyataan.
Jika ada dikalangan
pembaca yang mempunyai perwatakan dan kriteria seperti dibawah, korang
dialu-alukan untuk menyertai ujibakat bagi membintangi Filem Mia Tiara yang
bakal diterbitkan oleh pihak Tenview (M) Sdn Bhd.
Kalau korang berminat,
sila hantarkan profile anda ke alamat e-mel:
filemmiatiara@gmail.com.
Filem Mia Tiara yang
mengetengahkan konsep ‘Fesyen dan Modeling Berhijab’ boleh dikatakan membawa
satu kelainan pada industri filem tanahair.
Menurut pengarah filem
Mia Tiara, Norazah Sahud, watak utama telah ditawarkan kepada Fathia Latiff. Namun
demikian pihak produksi masih belum menerima sebarang hitam putih berkenaan
persetujuan beliau menerima watak Mia Tiara.
Oleh itu, pihak Tenview (M)
Sdn Bhd merangkap penerbit filem Mia Tiara telah bersetuju untuk membuat
ujibakat bagi memenuhi watak Mia Tiara.
Namun demikian, jika
pihak produksi menerima kata putus dari Fathia Latiff maka talent² yang berjaya
di dalam ujibakat terbuka itu akan tetap ditawarkan watak di dalam filem ini.
Untuk
pengetahuan korang. pihak Tenview (M) Sdn Bhd telahpun bergiat di dalam bidang
penerbitan TV lebih dari 20 tahun dan membawa pelbagai genre terbitan termasuk
drama, dokumentari, majalah dan sebagainya. Pihak Tenview juga pernah meraih
Anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin dan Pesta Filem Tokyo. Pada
awal tahun 2016, pihak Tenview memulakan perbincangan dan penulisan skrip yang
berasaskan konsep Muslimah kini. Maka terhasillah filem Mia Tiara, sebuah filem
komersil islamik yang menampilkan golongan model yang memperagakan busana
Muslimah.
Penggambaran filem Mia
Tiara dijangka bermula pada bulan April 2017 mengetengahkan watak utama iaitu
Mia Tiara.
Mia Tiara, seorang gadis
kampung yang membawa lari ibunya ke Kuala Lumpur dengan niat menyelamatkannya
dari keganasan ayahnya yang merupakan seorang penagih tegar.
Memulakan kerjaya
sebagai seorang model busana Muslimah, nama Mia Tiara terus mendadak naik
sehingga ke peringkat antarabangsa.
Penampilan filem Mia
Tiara bukan saja membawa konteks ‘Glamour Modeling’ dari perspektif Fesyen
Muslimah Moden malah ianya merungkai kehidupan seorang gadis kampung bernama Mia
Tiara menghadapi cabaran sebagai seorang peragawati busana Muslimah disamping
menjaga maruah dan keperibadian nya sebagai seorang wanita dipersada
antarabangsa.
Dilahirkan dalam era
kebangkitan Muslimah sejagat yang bertunjangkan keimanan tanpa mengetepikan
kepentingan penampilan dan gaya fesyen masakini.
filem ini juga
mengungkap unsur - unsur kemanusiaan serta kasih sayang, hubungan kekeluargaan,
pengorbanan dan juga cinta sejati.
Filem ini juga bakal dibintangi oleh barisan pelakon² yang tidak asing lagi. Antaranya Siti Eja, Faizal Hussein, Izzue Islam, Julia Ziegler, Amar Asyraff, Hafreez Adam & Nadia Shahab.
Semoga Filem ini mendapat sambutan yang meriah dikalangan rakyat Malaysia khususnya kaum Muslimah dan dapat menjadi satu pembuka mata terhadap stigma masyarakat tentang kaum hawa yang berhijab.
No comments:
Post a comment