Friday, 22 September 2017

Pulau Gaya - Destinasi Percutian Yang Penuh GAYA!

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Kalau disebut tentang percutian ideal, sudah tentu banyak yang memikirkan tentang destinasi² di luar negara. Namun demikian, dengan keadaan matawang yang kian merosot Abam rasa ramai yang mungkin "cancel" pelan untuk bercuti.

Tapi.... Kenapa perlu "cancel"? 
Haaaaa... Ni Abam nak ceritakan pada korang tentang kewujudan destinasi percutian yang sangat cantik dan terletak di seberang Laut China Selatan. Bunyinya macam jauh kan? Sebenarnya tak jauh pun, masih di dalam Malaysia lagi... hehehe...
Tempat yang Abam maksudkan itu adalah Borneo!

Ye.... Sabah bah...


Di sekitar Kota Kinabalu, terdapat beberapa pulau peranginan yang kita boleh pergi dengan menaiki bot dari Jesselton Point. Antaranya adalah sebuah pulau yang penuh GAYA! hahaha...
Dekat Pulau Gaya ni, ada satu Resort yang Abam nak "recommend" dekat korang iaitu Gaya Island Resort.

Sebab utama Abam syorkan Gaya Island Resort adalah disebabkan jaraknya yang sangat dekat dengan Jesselton Point, so senang untuk korang berjalan² ke Bandar KK.
Kalau korang stay dekat sini, seelok - eloknya stay lah at least 2 malam sebab banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat Pulau Gaya ni... Not to mention staff diorang yang sangat cheerful dan sentiasa sedia membantu with a smile on their face. Servis memang terbaik beb!


Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang nak relax dan enjoy bersama dengan orang yang tersayang. Especially if you have kids! Sebab Gaya Island Resort ni cater mostly untuk FAMILY. Tak kisah lah family besar ke kecik, yang penting family... kan? kan? kan?




Siap ada tempat untuk picnic and korang boleh menikmati bayu laut dan pemandangan yang sangat indah. Kalau rasa panas boleh terjun masuk kolam renang outdoor yang sedia ada, tapi dont worry sebab ada kolam renang khas untuk kanak². Abam gerenti korang dapat rasa refreshed and rejuvenated lagi² lepas enjoy the sea breeze, scenery, garden and pool kan?

Sebut pasal rejuvenated, Abam hampir lupa.... Kat sini ada SPA jugak tau untuk manjakan badan yang dah penat tu. Yelah, kerja penat² untuk sara diri dan keluarga mestilah nak kene relax and tenangkan badan and minda... Barulah boleh continue full force.


Untuk bookworm pula, boleh berkunjung ke Library yang terdapat in-house di resort ni. 
Laundry pun ada, so baju² korang tak perlu peram dengan air laut... hehehe... boleh terus basuh je! SANGAT CONVENIENT!


Kalau nak stay sini lama pun tak jadi masalah sebab semuanya ada, termasuk lah Concierge yang sentiasa sedia membantu korang untuk angkat bag "lari rumah" korang tu. Yes! staff sini memang sangat peramah dan berpengalaman, yang paling best is dorang boleh berkomunikasi dalam bermacam² bahasa.



Lepas tengok gambar² resort and pemandangan kat sini Abam pasti ramai yang plan nak buat wedding dekat Gaya Island Resort kan? (Yer! Abam pun terniat jugak...)
Impian tu bukan sekadar impian sebab Gaya Island Resort mampu menjadikan impian kita satu kenyataan! 
Yahooo!!! This resort ada provide A-Z wedding services tau! Ala² wedding bakal viral gitu...
Lepas wedding boleh terus sambung honeybulan dekat sini and jalan jalan sebab resort siap ada tour guide lagi.



Pada Abam lah kan, this is the perfect place for family, work and play sebab segala apa yang diperlukan ada. 
Even if korang nak usulkan untuk company korang buat meeting atau corporate retreat dekat sini pun boleh sebab ada facilities macam conference room dan sebagainya. Stress macam mana pun kerja, for sure morale tetap tinggi kalau boss bawak datang sini!

Pendek kata, tak perlu lah bazir duit pergi melancong keluar negara sedangkan dekat Malaysia ni pun tak habis explore lagi. Pada masa yang sama boleh juga membantu mengukuhkan ekonomi kita sekarang ni. Betul tak?


Suggestion Abam, Go to Traveloka via web or mobile app, and check out the gaya island resort packages dan jangan teragak untuk buat booking korang.
Kita sebagai rakyat Malaysia patut bangga yang kita mempunyai destinasi² yang setanding (if not better) dengan Negara  luar.

 Laut dia pun sangat cantik! Macam tak terusik langsung. Gaya Island Resort ni memang korang kene pergi at least sekali sementara masih bermaya... hehehehehe...

Bon Voyage Everyone!






1 comment:

  1. Menarik nie...so bila kita nak kesini? Yang nie tak payah pakai passport kan. Hahahah..

    ReplyDelete

Adsense Ads