Wednesday, 4 October 2017

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut - Pengalaman Aku.

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

"Sesungguhnya sakit itu adalah kafarah dosa, yakni penghapus dosa² kecil"

Hari ni Abam nak throwback sikit zaman muda mudi (2015 jer) masa Abam diserang penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Penyakit ni agak common dan secara lazimnya akan dihidap oleh kanak², tapi adakalanya ia juga terkena pada manusia tua bangka macam Abam ni...

Sebelum Abam membebel lagi, jom kita kenal dulu apa itu Penyakit Tangan, Kaki & Mulut.

"Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki."

HFMD bukan lah suatu penyakit yang serius namun terdapat beberapa kes dimana segelintir pesakit yang menghidap penyakit ini mengalami radang otak dan jantung! Secara Am nye kesan penyakit ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa lebih kurang 10 hari.

Pada mulanya, Abam ingat demam biasa je sebab badan panas tu biasa je. Telan Paracetamol lepas tu tidur. Bila bangun rasa macam satu badan kene simbah dengan air panas, pedih dia macam menyengat. Masa tu dah rasa pelik dah, tapi still buat tak reti je.

Abam mandi air sejuk (kononnya nak bagi hilang rasa panas tu lah) tapi macam tak ada beza. Waktu minum air atau makan rasa macam nak terkoyak tekak. Masih gagah lagi Abam menahan, selesai makan malam abam pun makan ubat lepas tu tidur. 

Keesokan paginya Abam bangun dengan rasa sakit diseluruh badan terutamanya kakitangan kerajaan! Ehhh... Kaki dan Tangan!. Memang sakit dia tu ibarat kene cucuk dengan seribu satu jarum lah. 
Mak aiii... Sakit Bonar!


Abam perhati tempat yang rasa sakit tu..... Ahhh! Sudah!
Apa plak bintat² merah kat tangan ni?

Terus Abam pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor. 
Owh ye! Doktor kat tempat Abam ni HEBAT tau... masuk² bilik dia, belum sempat nak cakap apa² dia dah cakap "sah kamu kene jangkitan HFMD.
Tergamam sebentar kat situ... Dalam hati "Apo bondo ni?"

Doktor pun jelaskan yang HFMD ni selalunya kene kat budak kecik je, jarang sekali kena pada dewasa. Katanya kalau kena HFMD bilda dah dewasa, sakit dia memang boleh tahan. 

Penyakit macam ni selalunya boleh berjangkit kalau kita dalam environment tertutup - contohnya office abam waktu tu, memang tertutup habis. 
So kalau ada seorang je yang demam atau sakit memang yang lain confirm akan kena. Peliknya disitu, tak ada pulak staff abam yang kene sebelum dan selepas abam. 
Jadi dari mana penyakit ni datang?
Disebabkan HFMD ni jenis penyakit "viral" so doktor kata tak perlu ambil ubat, cuma kene biarkan badan kita sendiri lawan. 

Abam dinasihatkan untuk berada di rumah dan pakai sarung tangan dengan face mask untuk mengelakkan mak abam terkena jangkitan sekali. (mak abam masa tu dah 64 tahun... ko ghase?). Selama seminggu tu lah Abam diberi MC dan perintah berkurung! (Berkurung atau tidak tu belakang kira). Kalau keluar pun, tetap bersarung tangan dan bertopeng macam nak rompak bank!.

Tak ingat ada amik gambar ke tak masa ni, rasanya ada. Kalau jumpa nanti Abam masukkan dalam ni.

Lepas seminggu berlalu, sakit tu semakin hilang and Abam dah boleh berjalan dan berfungsi macam manusia  normal tanpa rasa sakit dekat tangan dan tapak kaki. Tapi masalah lain pulak yang timbul lepas daripada tu, kulit pada tapak tangan, tapak kaki, peha dan tangan mula menggelembung macam belon air.






Selang beberapa hari, Abam dah rasa macam berjalan pakai kasut Nike Air! disebabkan ruang antara kulit dan isi pada tapak kaki. Sumpah tak selesa langsung, lepas tu kalau pakai kasut pulak kaki rasa panas and sakit. Abam dah mula tak tahan so abam amik keputusan untuk bocorkan belon² tersebut.

Hasilnya hanya kelegaan sementara, sebab terpaksa bertungkus lumus untuk buang kulit² mati pada tapak tangan dan kaki.

WARNING!!! SEGALA GAMBAR DIBAWAH NI AGAK VISUAL! JANGAN TENGOK KALAU KORANG LEMAH SEMANGAT ATAU GELI!







Walaupun sebenarnya tak sakit langsung sebab kulit tu semuanya dah mati, tapi bila tengok balik memang NGERRRIIIIII... Bila tarik bunyi macam koyakkan kertas weyh!
Akibat dari terkena HFMD sekarang abam dikurniakan dengan tapak kaki dan tapak tangan yang selembut kulit bayi. HAPPY GILER! Tak caye meh datang salam cium tangan abam. hehehe...

Moral disini, pastikan persekitaran korang tu bersih dan bebas dari kuman. Basuh tangan dengan kerap, seeloknya pakai lah hand sanitizer sebab basuh je tak memadai.

Antara tips untuk mengelak atau mencegah HFMD adalah:

i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
   
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
   
iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari:



Semoga nukilan abam dapat membantu korang menghadapi HFMD jika terkena.

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads