Thursday, 2 November 2017

Berakhirnya Trimester Pertama.


Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

27 July 2017 tarikh keramat bagi Abam, disini lah bermulanya kisah trimester pertama Abam.
Haaa... jangan risau, jangan khuatir, jangan kecam.... Sesungguhnya Abam hanya mengandung...... Ehh.. Mengandungi lemak tepu... Hahahaha...

Trimester yang dimaksudkan adalah 3 bulan dimana Abam tidak berkerja dan menjadi penganggur terhormat. Nak buat macam mana? mungkin tiada rezeki dekat situ.
Perkhidmatan Abam kat syarikat tu tak diperlukan lagi atas dasar nak jimat kos. Yelah, kan lagi senang kalau dia orang ambil pelajar praktikal lepas tu kerjakan cukup² selama 3 bulan dengan bayar RM 500 je sebulan berbanding dengan Abam yang berpengalaman lebih kurang 12 tahun dalam industri tersebut.

Maka bermulalah hidup Abam sebagai orang yang tidak berkerjaya!
Pada mulanya relax je sebab dapat gaji dengan duit pampasan (walaupun tak banyak). Masa tu Abam sangat konfiden yang Abam mampu mendapatkan kerja baru dalam masa yang singkat.


Mula² seminggu kemudian sebulan, masih belum ada apa² panggilan dari syarikat² yang Abam apply kerja. Abam dah mula runsing. Yelah, mana nak cari duit nak bayar bil, bayar hutang & bagi orang tua duit.

Susah macam mana hidup, Abam tak pernah lagi putus asa. Selama ni pun kalau jatuh, Abam akan bangun sendiri tanpa bantuan dari keluarga. Bila Abam cakap tak ada bantuan tu tak bermaksud tak ada bantuan langsung, tapi bantuan yang diberi bukanlah dari segi kewangan tapi support.


Walaupun perit, pedih, susah terpaksa Abam harungi. Abam rasa amat bersyukur kerana ada kawan² dan rakan blogger yang cuba membantu dapatkan kerja untuk Abam. 
Selama 3 bulan ni, Abam hanya hidup dengan duit job² yang diberikan oleh para PR dan Blogger.

Tak banyak, tapi ada.

Yang Abam paling bersyukur adalah sebab Cik AJ sentiasa disisi Abam selama ni. Ini bukan kali pertama yang Abam jatuh tersungkur macam ni. Namun dia tetap berdiri teguh disisi Abam, walaupun kadang² tu ada juga salah faham.

Bila masing² kene ikat perut tambah pulak masalah lain yang menimbulkan stress, memang TEBABOOM lah cerita dia. 


Kalau nak dikira rasanya banyak lagi masalah yang timbul dalam masa 3 bulan ni, tapi tak apa lah. Abam anggap je semua ni cubaan & dugaan, Abam hadap dengan tabah and sabar dengan harapan sesuatu yang lebih baik bakal muncul.

Before that Abam nak share sikit satu video pendek yang mempunyai meaning yang #deep sangat. Khas bagi mereka yang sedang menghadapi masalah sekarang ni.


P/S: Semua gambar yang digunakan adalah ehsan En. Google. 

1 comment:

  1. I feel u Jean..Kak min pernah rasa..Insyallah akan ada rezeki lebih baik untuk Jean..jgn risau..Tuhan selalu ada untuk kita..keep strong

    ReplyDelete

Adsense Ads