Wednesday, 1 November 2017

Raikan Cinta Di Laman Warisan Putrajaya.



Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.


Jom Kahwin?! Ehhh.....

Siapa yang tak nak kahwin kan? Tapi dengan situasi ekonomi sekarang ni, susah kita nak jumpa pakej perkahwinan yang harga berpatutan. Betul tak?
Lagi² macam Abam ni yang dah menjadi penganggur terhormat sejak beberapa bulan yang lepas. Niat nak kahwin tu dah lama ada, tapi apa kan daya kalau situasi dan status kewangan tak mengizinkan.

Ni Abam nak cerita pasal pakej perkhawinan yang Abam TERRRR jumpa masa buat lawatan ke Laman Warisan Pertanian Putrajaya tempoh hari...
Venue ni diuruskan oleh Felda D'Saji dan terletak di dalam TWPP (Taman Warisan Pertanian Putrajaya) ni. 


Antara yang menariknya di sini adalah suasana ala² kampung daripada struktur pembinaan "visitors complex" sampai lah ke kawasan sekeliling yang penuh dengan pepohon menghijau dan dusun buah-buahan.


Tema Laman Warisan ni juga sangat minimalis dan kontemporari dengan hiasan dalaman yang berkonsepkan Warisan dan Klasik Decor Melayu.
Laman Perkahwinan Felda D'Saji ni boleh memuatkan sebanyak 500 orang dalam sesuatu masa dan jumlah ini boleh di naikkan sehingga 1000 orang jika perlu. 

Susun atur meja yang cukup elegan

Susunan Meja Pengantin

Pelamin yang simple tapi sangat CANTIK!

Antara menu makan yang ada disini.

Sumpah sedap gila!

Pakej yang ditawarkan oleh D'Saji bermula dari 12,500 Ringgit Malaysia yang merangkumi:

💕 Buffet Hidangan Tradisi Melayu
💕 Meja makan beradab dengan hidangan istimewa
💕 Sewa dewan, kerusi, meja serta hiasan
💕 Pelayan yang peramah dan terlatih
💕 Red carpet serta pelamin berhias
💕 Sistem PA yang asas
💕 Lokasi fotografi menarik di Taman Warisan yang ikonik
💕 Sesi fotografi percuma di dalam Dusun Taman Warisan
💕 Tempat letak kereta percuma
💕 Kemudahan tandas dan surau untuk tetamu
💕 Ruang persalinan serta bilik menunggu

Selain daripada pakej perkahwinan, Laman Warisan juga sangat sesuai untuk mengadakan Majlis Pelancaran, Makan Tengahari, Hi-Tea dan Makan Malam Steamboat. Semua aturan ini boleh diuruskan untuk korang, syarat dia senang je... Jumlah minima adalah untuk 100 orang. 

Amacam? Best tak?

Haaa... Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan:

Tel : 014-3388794 (En. Mohd Azan Dalal, Pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd)
Email : azan.md@felda.net.my

"Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan."
"Kalau tak ada aral melintang, Tahun depan Abam langsungkan" ;)

2 comments:

  1. menarik sangat..tempat yg strategik dan cantik..

    ReplyDelete
  2. wahhhh..cantiknya...nasib dah kawen..klu xleh buat disini...hihihi

    ReplyDelete

Adsense Ads