Friday, 10 November 2017

Rain Alarm - Aplikasi Wajib Bagi Penunggang Motorsikal.


Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Aku yakin semua orang tau sekarang ni musim hujan yang tak menentu. Tiba² je boleh hujan ribut bagai.

Mereka² yang memandu ke tempat kerja mungkin tak kisah dengan keadaan ini, rapi macam mana pula dengan orang yang macam aku ni? Berhujan, berpanas siang dan malam menaiki motorsikal.


Tak kisah lah sebab apa pun, sama ada kita tak mampu nak memiliki kereta ataupun kita rasa lebih selesa menaiki motor. Yelah, tak payah duduk dalam kesesakkan lalulintas kat KL ni...

Aku akui, memang seronok bila dapat jimat masa atas jalan dengan menaiki motor. Tapi ada kalanya sakit hati, lagi² bila cuaca tiba² berubah. Pishang teroxx bhai... HAHA.


Ni aku nak kongsikan satu aplikasi yang seorang rakan kelab permotoran kenalkan pada aku. Aplikasi ni cukup senang nak guna dan data yang diperoleh juga hampir 95% tepat!

Nama aplikasi tu "Rain Alarm" dan boleh dimuat turun melalui playstore atau appstore.


Korag cuma perlu download aplikasi tu, benarkan aplikasi tu menggunakan gps dan data... Settle....

Walaupun aplikasi yang dimuat turun dari playstore bukan full version tapi ianya memadai. Kalau nak yang PRO version tu kene bayar lah... Mana ada benda free, tandas pun kene bayar tau...


Sejak aku guna "Rain Alarm" ni, boleh dikatakan 80-90% aku berjaya mengelak dari hujan... Yahoo...

Contohnya macam sekarang ni, kawasan rumah aku hujan lebat tapi aku boleh tau arah tuju hujan tu dan situasi cuaca tempat yang nak dituju. Senang giler...

Cerita banyak² pun tak guna, korang kena guna sendiri baru korang faham. Jadi cubalah download dulu, mana tau aplikasi ni memudahkan korang untuk merancang perjalanan.

#kitaridertiadabeza #sharingiscaring

Sekian... Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads