Saturday, 16 March 2019

"Malai Solo Tour" Noraniza Idris

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia!

Noraniza Idris merupakan satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri musik tanah air, malah beliau cukup terkenal dengan usahanta untuk memartabatkan genre "Irama Malaysia" bagi memupuk semangat cintakan irama² bermotifkan etnik berbilang kaum dan budaya di Malaysia, contohnya Awallah Dongdang, Iboq (kita) dan Hala Timur. Abam pun masa sekolah dulu membesar dengan lagu-lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif ni.


SAWO MATANG - Noraniza Idris Special Showcase

Pada minggu lepas, sidang media Sawo Matang - Noraniza Idris Special Showcase telah diadakan untuk mewar-warkan mengenai Malai Solo Tour yang bakal berlangsung bermula dengan Fleastar bersama Noraniza Idris sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019.



Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Productiin Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP) untuk memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan masa panjang disamping memperkenalkan dan menyemarakkan semangat cinta seni dan budaya dikalangan pelapis yakni anak muda sekarang.






Beberapa lagi siri jelajah turut diadakan sehinggalah kemuncak acara pada April 2020 nanti. Kat bawah ni Abam senaraikan semua program yang telah diatur oleh pihak penganjur.

12 - 14 April 2019 : Sawo Matang - Noraniza Idris Special Showcase di Matic Kuala Lumpur.

6 Mei - 4 Jun 2019 : Fleastar Aidil Fitri di Bangi Selangor.

21 Jun - 20 Julai 2019 : Travelog 13 episod di 13 buah negeri di seluruh Malaysia.

2 - 4 Ogos 2019 : Fleastar Merdeka di Bularan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel, Ipoh Perak.

12 - 14 Oktober 2019 : Akar Zapin Kita 219 di Matic Kuala Lumpur.

29, 30 November dan 1 Disember 2019 : Farquhar dan Kala Jengking.
2 program iaitu Teater Kanak-Kanak MWCP oleh pemenang pertama Sayembara Menulis dan Teate Kanak-Kanak anjuran Dewan bahasa dan Pustaka.

9 November 2019 : Iktiraf - Noraniza Idris in Concert (Singapura).

2 - 4 April 2020 : Malai Solo - Noraniza Idris in Concert di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Platform Terbaik Memartabatkan Irama Malaysia (#SaveIramaMalaysia)

Dalam sidang media - Sawo Matang, Niraniza Idris percaya program dan konsert yang bakal diadakan adalah platform terbaik untuk memperkenalkan dan mengembalikan kepercayaan anak muda terhadap muzik Irama Malaysia. Dalm konsert nanti, beliau bakal menterjemahkan sebuah perkampungan budaya Melayu melalui proses peralihan kedatangan pelbagai kaum dari segi gaya, bahasa, pertuturan, pakaian, gerak tari, nyanyian dan muzik.


Beliau juga bakal mempamerkan konsep Pentas Alam Semulajadi yang akan dihiasi dengan taman dan pokok-pokok melambangkan "Malaysian Garden" dan prop elemen 6 etnik Malaysia semasa Malai Solo Tour nanti.

Beliau juga dikhabarkan akan membawa sedikit kelainan dari persembahan biasa yang Abam penah tengok dari segi pemilihan lagu, persembahan pentas dan sebagainya supaya Irama Malaysia tak berada ditakuk lama.

Antara kelainannya adalah Noraniza Idris akan bergabung dengan koir dari sekolah Cina dan akan menghimpunkan 100 artis budaya "Malay World Cultural Paradise" untuk mengiringi tarian dan nyanyian beliau.

Abam harap dengan "Malai Solo Tour" ni ajan menjadi titik tolak musik Irama Malaysia akan lebih dikenali macam zaman Abam dulu.

Untuk mendapatkan tiket Sawo Matang - Noraniza Idris Special Showcase di Matic Kuala Lumpur boleh hubungi Harithmai Production (HMP) di talian : 019-3391444, 018-8714305 atau whatsapp 011-37700894 atau 018-3981810. Tiket berharga RM99, RM119, RM139, RM169 dan RM189.



Adsense Ads